Perniagaan Ebook Dan Anda

Yang manakah lebih penting dan utama dalam memburu kejayaan dalam perniagaan ebook ini?

Mungkin ramai yang akan kata pentingnya perkara-perkara tentang kerjaya ini seperti ilmu,promosi,produk & laman web yang mempunyai ayat-ayat power.

Pendapat saya pula begini.

Perniagaan adalah ‘alat’ untuk mencari rezeki.Samalah juga dengan perniagaan  ebook.Kita pula adalah orang yang menggunakan ‘alat’ tersebut.

Tak berguna jika kita mempunyai ‘alat’ yang canggih,bermutu tinggi,dibuat di luar negara dan sebagainya jika kita yang menggunakan ‘alat’ tersebut mempunyai masalah.

Memang tidak dinafikan kita memerlukan ‘alat’ yang hebat.Tetapi apa yang ingin saya tekankan disini ialah dalam usaha kita untuk meninggikan peluang kita untuk berjaya,kita tidak boleh memandang sebelah mata diri kita sendiri.

Mungkin diri kita masih mempunyai masalah seperti malas,kurang keupayaan untuk menguruskan takut sehingga no action,kurang yakin pada diri sendiri,kurang disiplin diri dan sebagainya.

Jika ia berlaku.Kita masih dikira bermasalah walaupun kita mempunyai ‘alat’ yang hebat.

Sama-samalah kita fikirkan.

Sejarah Saya Terlibat Dalam Perniagaan Ebook

Sejarah saya terlibat dalam perniagaan ebook ni sebenarnya bermula di zaman saya mengenali perniagaan internet beberapa tahun lalu.

Zaman itu saya baru kenal perniagaan melalui internet ni.Jadi semua benda saya nak buat.Jual ebook,tulis blog,promosi produk orang dan lain-lain.Pendek kata pada awalnya saya ni jenis suka lompat-lompat tentang cara buat duit melalui internet ni.

Sehinggalah saya ambik keputusan untuk fokus kepada 1 jenis perniagaan sahaja iaitu perniagaan ebook.Bila dah fokus kepada 1 jenis sahaja perniagaan ni barulah saya nampak lebih jelas halatuju perniagaan ini.Dan yang penting saya lihat juga peluang & ancaman terhadap kerjaya yang saya pilih ini.

Namun saya bersyukur kerana saya memilih bidang ini kerana.

  • Ramai lagi yang memilih untuk terlibat dalam perniagaan ebook ini.Bila ramai terlibat.Orang ramai akan lebih kenal tentang ebook itu sendiri.Market akan jadi luas.Yang tak bestnya persaingan akan jadi semakin sengit.
  • Saya suka berfikir.Banyak idea.
  • Perniagaan ebook adalah satu perniagaan.Bila satu perniagaan.Ilmu tentang perniagaan mudah dicari.

Kerjaya ini sesuai dengan saya.Tambahan pula di zaman i.t sekarang ini orang memerlukan maklumat.Namun jangan salah faham.Cuba lihat kedai makan.Orang memerlukan makanan tetapi ada juga kedai makan yang tutup kedai kerana rugi.